Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 24, 2009

DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK

bahan-bahannya
1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara-caranya
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap
Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

source: cikdak

Ayam KICAP Bakar

Bahan-bahan

* 1 ekor ayam
* Mentega untuk sapuan
* Kicap manis secukupnya
* 1 potong lengkuas, diketukkan
* 1 batang serai, diketukkan
* 3 helai daun salam
* 5 biji cabai merah, dihiris halus


Bahan untuk ditumbuk


* 2 ulas bawang putih
* 4 butir bawang merah
* 1 potong (1 cm) kunyit
* garam secukupnya



Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong 4 bahagian.
2. Semua bahan tumbuk digaulkan.
3. Dengan air secukupnya, rebus ayam dengan bahan tumbuk digaulkan , tadi, lengkuas, daun salam dan serai sampai masak dan bahan meresap rata.
4. Lalu bakar ayam dengan bara api yang sederhana sambil dilumur dengan cabai merah yang sudah dihaluskan, lalu disapu dengan mentega dan kicap manis. Bakar ayam sampai warnanya kecoklatan.


Untuk 3-4 orang.

source:jphpk

Thursday, July 23, 2009

Ayam Black Papper 3S

Bahan-Bahan

* bawang merah dan putih secukup rasa
* kicap
* sos tiram
* air
* 1/2 cawan tepung gandum/tepung jagung
* ayam
* black papper secukup rasa
* garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

1)mule2 tumis je bawang yg ade..sampai agak2 kekuningan.

2)masuk kicap td..letak la banyak sket..sbb nk hasil kn warne yg gelap..campu ngn sos tiram sket,klo ade la

3)pas2 letak la air...emm terpulang la pade yg nk mkn 2..klo nk wat byk,letak air byk sket..klo x..letak la 3 cawan je ke..pas2 letak ayam skali..tggu smpai mendidih..pasti kan ayam 2 masak yer..

4)then kacau la..ops,jgn lupe letak garam dan gule secukup nyer..

5)pas2 ambik tepung td cmpur ngn air sket...kacau smpai xde ketulan..pas dah sebati 2..masok la dlm campuran td..kacau lagi...sebenar nyer tepung td 2 sebagai agen pemekat..

6) kaco n ble dah nampak pekat..tambah la black papper..suke ati la byk mane pon..klo nk pedas,letak la byk sket..

7)pas2 rase la..klo sedap makne nyer jd la 2..klo x sedap..tukang msak 2 x reti masak..

source:hamba_mesir resepi iluvislam

Ayam Bersos Tiram & Cili Kerin

Bahan-bahan

½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

3. Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

4. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

5. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Sumber : mesranet.com dan leen

dari comment yang aku baca sume kate sedap t la aku cube heheh

Udang Black Pepper

Bahan-bahan ( 4org )

• 500g udang
• 2 inci halia ( dihiris)
• 2 ulas bawang putih ( dihiris)
• 1 labu bawang besar (dihiris)
• 2 sb serbuk lada hitam
• 3 sb sos black pepper
• 5 biji cilipadi(dihiris)
• 3 tangkai daun bawang
• sedikit minyak,garam dan gula

Cara-cara


1. udang dibersihkan dan digaul dengan serbuk lada hitam dan digoreng.(sy tak buang kulit)
2. kemudian,semua bahan yg dihiris ditumis hingga naik bau.
3. masukkan udang,sos black pepper,garam dan gula.
4. akhir sekali,daun bawang dipotong panjang2 dan ditaburkan.kacau rata.
5. siap untuk dihidang.


Aku dah wat gak udang nih best tp aku x de sos black pepper aku guna serbuk je..n aku tamabh sos tiram n kicap so ada la kuah sket...tp x sesedap yg tuan punya resepi kot ...coz aku banyk bahan x cukup tp still leh makan..sodap jugak hehehe pedas

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

• 8 ketul drumstick
• 1 sudu besar mayonis
• 1 kiub ayam
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar sos tiram
• Lada hitam secukupnya-tumbuk
• 2 ulas bawang putih-tumbuk
• 1/2cm halia-tumbuk


Cara-cara

1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.


heheh senangkan??aku try wa guna daging tp aku goreng je..best gak..lemak...

source: alamk x ingat la dari mana btw thx kepada tuan punya resepi

Udang 3 rasa

BAHAN-BAHANNYA

15 - 20 udang sederhana besar
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air


CARA MEMBUATNYA :

Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....